Monday, June 28, 2010

Diri Ku



Aku, Suhaya binti Moskam, di lahirkan di Kampung Parit Lapis Maimon, Batu Pahat, Johor.
Ayah ku Moskam bin Kambali dan ibuku Sukimah binti Sadiran. Aku panggil diorang Mak & Abah . Memiliki 2 orang abang Misnan dan Kasman. Dan aku seorang anak tunggal perempuan mak dan abah... Aku menginginkan kasih sayang seorang kakak, namun hanya mendapat 2 orang kakak ipar iaitu Ani dan Yati.. hrmm.. jadilah...hehe :)



Aku dilahirkan pada 20 November 19.. (tahunnye rahsia) nanti nampak tua.. haha.. Bermula menerima pendidikan di SK Seri Laksana, Parit Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, kemudian di SMK Penghulu Saad, Pt. Sulong & SMK Semerah.. Aku ni tak lah pandai sangat, hanya memilki Sijil SKM Tahap 3 dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dekat salah satu kolej MLVK Shah Alam je... huhu.. Tu lah, mak suruh belajar pandai-pandai, tak nak.. haha.. padan muka aku... :P




No comments:

Post a Comment